Selasa, 23 Februari 2010

IKBN DUSUN TUA


SEKARANG:

Kini, IKBN Dusun Tua telah pun di naik taraf serta mempunyai kemudahan-kemudahan bagi keselesaan pelajar yang mengikuti kursus. Pada masa ini terdapat 4 sekolah (Automotif, Mekanikal, Binaan dan Elektrikal) yang menawarkan 13 bidang Kemahiran telah diwujudkan di Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua ,sesuai dengan keperluan semasa dan kehendak pembangunan negara.

Isnin, 22 Februari 2010

IKBN DUSUN TUA


DAHULU:

Pusat Latihan Belia Dusun Tua atau IKBN Dusun Tua terletak di Dusun Tua, Hulu Langat,Selangor, Malaysia. Tujuannya melatih golongambelia menganggur mendapat kemahiran teknikal dan boleh bekerja dengan sektor swasta atau berniaga sendiri. IKBN Dusun Tua ini di bawah pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Mulanya dikenali sebagai Pusat Latihan Belia Pembina Negara ini ditubuhkan pada 1969 dan dirasmikan oleh Pengarah Majlis Gerakan Negara ketika itu, Tun Abdul Razak.